GenG WusHa SetiA

Sunday 16 December 2012

Penuh Kejutan Dalam Hidupku!!


((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ])) عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : 
رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”. [HR al-Bukhâri dan Muslim].
 


Alhamdulillah,hari ni aku masih lagi boleh bernafas, berjumpa kawan-kawan,pergi sana sini,main-main,makan dan melakukan segala yang mampu kesan dari nikmat Allah yang tidak terhingga.Hidup umpama membina jambatan. Kalau kita bina dengan baik,maka mudah la kita nak guna untuk menyeberang dari satu tempat ke tempat yang lain. kalau kita bina dengan bahan yang tak baik,mesti susah untuk kita gunakan ia kelak untuk menyeberang.

Hari nie hidup penuh kejutan. Aku baru balik dari satu program anjuran IQRAA FOUNDATION di Warsazawa. Niat sebenar nak pergi program tu sebab disediakan MAKAN tengah hari halal. 'So',aku pon gerak dari rumah naik bas 171 dan tukar naik trem 18 sampai ke stesen Plac Konstytucji 4. 




Tiba ja kami di tempat tu,Aku Deli dan Nami pon dijemput masuk oleh Abang Amin. Abang Amin perkenalkan kami dengan pengerusi Iqraa Foundation. Lepas tu, baru kami naik atas dan 'try' nak serang  makanan(tunggu lagi). Tapi, orang tak mula makan lagi,'so' kami pon pergi sembang2 dengan Kak Aida sekeluarga. Dan kami berkenalan dengan sahabat baru,Abang Muiz(if i'm not mistaken). Best sembang dengan abang nie sebab dia datang dari Australia. Then kami pon makan-makan bila orang dah mula beratur. Aku rasa sangat best secara tiba2 sebab susana kat situ menghilangkan rasa sunyi aku di kota Warsaw ni. Budak2 main, saudara seislam datang bersama keluarga dan jumpa sisters dan brothers. Niat datang nak makan tapi tiba2 dapat rasa suasana hidup yang sangat best.



Yang paling best, aku baru dapat tahu ada saudara baru masuk Islam. Tiba2 aku rasa satu perasaan syukur yang tak terucap di bibir. Memang biasa bagi sesetengah orang bila dengar orang masuk Islam, tapi bagi aku yang memahami sukarnya hidup beragama Islam di poland nie, aku tau betapa besar nikmat yang Allah kurniakan. Tahniah Abg Lukasz Wirowski dan selamat datang ke dalam keluarga nie. Tak sabar nak berkenalan."Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

Sebagai penutup,aku akhiri dengan Halwa Mata sikit. Enjoy!!



" Mulakan hidupmu sebagai seorang Hamba Allah, dan tamatkanlah hidupmu sebaga Hamba Allah JUGA"


Saturday 8 December 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepada semua makhluk ciptaanya dan Allah Maha Penyayang kepada umat Islam yang tidak syirik padaNya. Kita selalu mulakan sesautu perkara dengan Bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. Ucapan Bismillah amat digalakkan agar Allah sentiasa mudahkan kerja yang akan kita lakukan dan murahkan rezeki kita.

Sekarang ni dah masuk musim yang ada salji. Sedang aku 'wusya' salji melalui tingkap,aku terfikir untuk buka tingkap tu. Subhanallah!! salji yang turun berbentuk kristal. Aku terpukau akan keindahan yang Allah sediakan untuk aku dan seluruh hambaNya. Baru sekarang aku mula menghargai air yang jatuh dari langit amat cantik dan Maha Suci Allah, Dialah yang berhak disembah. Dulu di Malasia, air yang turun atau HUJAN aku lihat sebagai satu musibah(kadang-kadang). Tapi sekarang aku yakin Allah lebih mengetahui perasaan kagum aku atas ciptaaNya. 





Semalam aku naik bas. Lepas tu,ada la seorang hamba Allah KENTUT. Memang la busuk tapi kes ni membuatkan aku berfikir sejenak ('but' aku bukan selalu fikir,kadang2 ja(^_^) ). Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih...sebab apa?? Sebab Allah tak jadikan kentut kita gas yang berwarna. Cuba bayangkan kalau setiap orang mempunyai warna kentut yang berbeza...ZZZZ. Mesti kita akan malu gila dan 'kantoi; sentiasa. Memang benda ni satu benda yang remeh tapi kalau nak diikutkan Allah sayangkan kita sampai ke tahap ingin menutu aib kita dengan tidak menjadikan kentut tu berwarna. Tapi adakah kita sayangkan Allah walaupon dalam perkara yang remeh?? Solat pon tak berapa nak khusuh, kadang2 syirikkan Allah dengan cara percaya kata-bomoh, tak menyempurnakan tuntutan agama dengan sempurna(tutup aurat,,berzikir,bantu orang lain, baca Kalam Allah dan bersedekah). Aku tak cakap yang aku sempurna tapi 'at the same time' kita boleh muhasabah diri masing2. Tak boleh banyak, sikit pon memadai.
Istiqamah!!

" Mulakan hidupmu sebagai seorang Hamba Allah, dan tamatkanlah hidupmu sebaga Hamba Allah JUGA"

Saturday 1 December 2012

SUSAHNYA NAK BERSYUKUR!!



فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُون 2:152)

Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur. 




Luqman [12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,  (serta Kami perintahkan kepadanya):Bersyukurlah kepada Allah  Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya,  lagi Maha Terpuji. 

Luqman[14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.
***

Susahnya nak bersyukur sebab perasaan hati ni selalu rasa tak pernah puas. Apa yang Allah bagi kadang-kadang aku tak nampak hikmahnya. KENAPA??


Tadi aku baru balik dari perpustakaan University Of Warsaw. Sorang-sorang aku 'study' kat sana,aku berfikir sejenak dimana aku sekarang. Aku sebenarnya telah tiba di Warsaw dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Medical University Of Warsaw. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Kalau nak difikirkan aku tak layak sebenarnya untuk berada dalam situasi begini tapi aku yakin ada hikmah Allah mengatur hidup aku sebegini. Manusia selalu lupa bersyukur sebab kita selalu tengok kelemahan yang kita ada berbanding dengan kelebihan yang kita ada.Setiap orang ada kelebihan masing dan kekurangan masing-masing(ayat klise). Memang selalunya kita cakap kita syukur tapi perbuatan kita menentukan sesyukur mana kita pada Allah. Kelemahan orang lain selalu jadi kemahuan kita. 

For example,

"Aku dah bosan la makan kat luar,dulu Mummy and Daddy aku selalu ajak aku makan luar..kat Victoria station la,TGI la, dan banyak lagi kedai yang standar kitorang la. seminggu 3 kali kot!!". 

Reaction : 

"Best nye family budak tu,kan best kalau family aku pon macam tu,makan luar,kedai mahal dan tengok!kereta dia pon bapak dia beli 'cash' dia cakap".

Cuba kita renung balik, benda yang budak kaya tu dah boring,benda tu yang kita suka dan 'wish' jadi kat kita. Ada sebab kenapa kita tak boleh berada dalam situasi dia. Benda yang kita suka tak semestinya benda tu yang terbaik untuk kita. Maka berdoalah "Ya Allah, sekiranya mati itu lebih baik bagi ku,maka matikan lah aku,tapi sekiranya hidup itu lebih baik bagi ku,maka redhalah aku dalam agamamu". Aku bersyukur kerana Allah kurniakan keluarga yang menyayangi aku. Walaupon ibuku seorang suri rumah dan bapaku seorang kakitangan kerajaan,aku dan saudaraku tak pernah tidur tak berselimut atau makan tak berpinggan. LOVE MY FAMILY



Allah juga anugerahkan aku kawan-kawan yang sentiasa 'caring' kat aku dan tegur aku agar aku tak leka dibuai dunia yang penuh lara. Kawan yang sejati adalah kawan yang ada keberanian untuk tegur kita kalau kita melakukan sesuatu yang Allah murka.



















Alhamdulillah,semua ni salah satu nikmat yang Allah bagi. Aku tahu BERSYUKUR ITU LEBIH SUSAH DARI BERSABAR,sebab kita bersabar dengan apa yang Allah duga tapi kita selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Baru-baru ni kita digemparkan dengan isu status Palestine telah di'upgrade' menjadi Non-Member state. Ini adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan dan sepatunya kita besyukur. InsyaAllah, kemenangan akan datang sekiranya usaha yang kita lakukan berpatutan dengan ganjaran yang Allah akan berikan.


 (Palestine's successful bid to be recognized as a UN non-member observer state is "a positivestepon the road to establishing itself as an independent state,) 
 Chinese Foreign Ministry


"Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"























Friday 23 November 2012

SAKIT??ALLAH TAK SAYANG AKU KE??

Ibnu Abbas RA Rasulullah SAW bersabda:

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ
Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR Al-Hakim; sanadnya shahih)


Allah tak sayang aku ke? Itu adalah benda yang selalu kita fikirkan bila kita ditimpa satu musibah. Lebih-lebih lagi kalau ditimpa penyakit. PENYAKIT!!. Memang kita akan nafikan bahawa "aku ok ja.." tapi sebenarnya kita sedih apabila kita ditimpa satu musibah. Menghayati sesuatu dalam keadaan separa sedar akan lebih membuatkan kita sedar siapa Allah dan siapa kita di sisi Allah. Allah hanya memilih hambanya yang paling Dia kasihi untuk ditimpakan masalah. Hal ini kerana Allah nak kita sentiasa ingat akan Allah dan sentiasa mengeharapkan Allah walau apa jua keadaan. Allah tak akan sesekali menduga hambanya melainkan kita mampu untuk menghadapi dugaan tu. YA ALLAH..



Baru-baru ni aku ditimpa satu masalah. MASALAH KULIT DAN ALLERGIC..maklumlah 'first time' pergi luar negara.POLAND. selama aku dalam keaddan yang sangat menakutkan tu aku dapat melihat banyak benda yang aku buta sebelum ni. Dulu aku tak nampak SANGAT pon nikmat sihat yang ada pada aku,tapi bila kaki aku mula berdarah,aku tak boleh solat berdiri dengan sempurna, pergerakan terbatas..aku mula sedar yang aku dulu seorang yang sihat dan berkebolehan. COMPARED to orang lain..dan aku mula menyedari kasih sayang orang sekeliling aku yang selama ni MUNGKIN aku tak berapa nak rasa. Tapi Allah Maha Pengasih, aku semakin pulih kesan dari doa orang yang menyayangi ku. Peristiwa yang membuka mataku apabila suatu pagi,aku mengalami 'bleeding' di kaki,sukar bergerak dan badan bergeletar. aku tak taunak buat apa waktu tu sebab sibuk untk ke kelas LATIN. Akhirnya ku capai Al Quran dan aku baca tanpa henti dari dalam TREM 33 hingga dalam bas 157. Secara tiba2,aku rasa tenang dan badan aku mula berfungsi seperti biasa. Betapa besarnya fadhilat Al Quran!! orang yang tak mengalami tak akan dapat paham,tapi kita boleh memahami dengan memahami orang lain.

Alhamdulilah. Aku makin sihat dan lebih yakin untuk membawa agama Allah ke tahap yang aku mampu yang lebih tinggi. Sesungguhnya ingat lah 5 perkara sebelum 5 PERKARA.

سُوۡرَةُ الرّعد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (١١) 

For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: they guard him by command of Allah. Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him any to protect. (11)
******
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11

Monday 19 November 2012

Entah Kenapa !!



Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Imam As-Syafi’I berkata “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”

Baru sekarang aku sedari sudah hampir 3 bulan aku di POLAND. Aku merasakan aku tidak melakukan apa-apa yang memberi kesan yang mendalam bagiku. Adakah aku membuang masa yang Allah berikan padaku? Hanya Allah yang mengetahui isi hati ini.

Baru-baru ini,aku bersama rakan-rakan lain telah menyertai satu kempen 'Distribute Roses'. Kempen ni dijalankan bagi memperbetulkan balik pandangan orang lain satu dunia tentang Rasulullah SAW disebabkan isu movie 'THE INNOCENT'. Susah rupanya nak sebarkan dakwah pada orang yang bukan islam. Baru aku tahu betapa susah Rasulullah nak kembangkan ajaran Islam. kadang2 manusia perlu hadapi sesuatu untuk menghargai apa yang dia sedia ada. Ada hikmahnya Allah aturkan segala yang terjadi di dunia ini.Tiada yang buruk Allah jadikan untuk hambanya melainkan untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik. Tapi aku hairan kenapa orang suka salahkan takdir. Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita. Lagi banyak kita diuji,lagi selalu kita ingat pada Allah. Kalau Allah ambil sesuatu yang kita sayang,itu kerana Allah nak kita sedar cinta yang agung hanyalah cinta pada YAng Esa. Tapi kita selalu menggunakan kehilangan orang yang kita sayang sebagai alasan untuk meraih simpati atau mendapatkan ehsan orang lain.



Entah kenapa aku tiba2 ja nak tulis blog ni. Mungkin takut explode kot. Tapi untuk dijadikan renungan bersama supaya kita tidak lupa siapa kita.

"kalau riwayat hidup kita bermula dengan hamba Allah, pastikan kita mati pon sebagai Hamba Allah"



Monday 16 July 2012

SCHOOL?? SEKOLAH??

Benda yang paling menarik apabila bersembang pasal sekolah. Aku dulu Form 1-3 Sekolah Menengah Agama Al Irshad kat Pokok Sena (sekolah top Penang)- bangga ak!!.
 
   Versi 1
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi kejayaan bangsa,
Kami bersyukur pada yang esa,
Memberi nikmat tak terhingga.<br.
Versi 2
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi islam tercinta,                                                      
Kami berjanji akan berusaha,
Untukmu ma'ahadul irshad.
Korus
Dugaan hidup kan ku tempuhi,
Berkat tabah iman di dada,
Tegakkan syiar panji-panji islam,
Tegar hadapi cabaran.
(ulang versi 2)

Kat sekolah ni lah, aku diasah bakat sehingga aku berjaya menjadi seorang yang aku sendiri sebenarnya tak yakin aku ada kebolehan tu..aku berlakon, choral speaking, buat robot n banyak lagi. Thanks kepada guru2 Irshad yang x putus2 ajar n sabar dengan perangai aku waktu sekolah dulu. Rindu plak nak organise MATESA, buat pameran SAINS, pergi Camp Pengakap.

Waktu g umah Farhimie ada kenduri sikit..Sedap tahap makanan..
Tapi, aku masuk SBPI Kubang Pasu waktu Form 4-5. Kat sini lah segala bakat aku diserlahkan oleh dua insan utama, Mdm Hajar n Cikgu Ariffin. Aku pon x sangka akhirnya aku berjaya jadi school debater yang aku impikan semasa di Irshad dlu.
Love both of U




HKSBP di SMS Mat Jiwa,Sungai Petani
Life in SBP sangat berbeza compared to Irshad sb aku tinggal asrama. Lebih banyak cabaran dalam berkawan bila tinggal di sekolah yang berasrama. thanks kepada kawan2 di SBPI Kubang Pasu kerana sudi terima aku who was budak baru waktu tu. Susah sebenarnya bila kita nak satukan semua org dalam sebuah batch. Macam-macam kami buat seperti Program Silaturrahim kot( x pasti plak nama dia)

fist time knai Caen n Muke 

thanks Rosman Razif sb ambil angle terbaik,or terbalik??? Whatever!!

ni la group first ak, org yang paling awal ak rapat.

Aku juga jumpa BFF yang aku percaya,ak sayang n aku nak persahabatan nie kekal ke akhirnya. I hope depa pon rasa benda yang sama. Selama berada kat kubang pasu, depa nie lah yang aku bergantung harapan, kongsi masalah@ GOSSIP..heheh. Susah senang selalu di kongsi bersama. Thanks guys.

Kenangan kekal abadi
Tapi x semestinya aku x sayang yang lain. Aku sangat sayang yang lain,klu x aku x akan susahkan hidup untuk pastikan hampa capai impian hampa berjaya dalam hidup. Aku sangat happy walaupon x dapat straight A+ sb kawan2 yang aku tolong banyak dapat gred A+,A n A-.

Sebelum g jamuan raya,bleh lg dok posing kat depan kolam ikan guppy terapi tu...hahaha

kelas tambahan kat umah kosong pak cik Bazli sangat membantu, the proof is ramai kawan2 ak dah masuk university masing2. moga berjaya dunia n akhirat.

Jamuan Hari Raya di mana senior (KAMI) x payah terlibat..Just makan. Yahoo!!!
(^_^) 

Reunion kat Midvalley

3 orang nie ak jumpa kat KL SENTRAL waktu nak balik dari kolej. Alhamdulillah diorang still ingat ak lg. I wish I can meet them always (BF in Irshad) 


Antar kawan2 g overseas sangat best n sedih COZ..AK X FLY LG
(@_@)

Saja isi masa lapang self-cam ngan kawan baik ak..hek4


SO, APA YANG MEMBUATKAN KORANG SUKA TENTANG SKOLAH MASING?? BLEH LA SHARE..TU JA KOT UNTUK KALI NIE..ASSALAMUALAIKUM.




Sunday 15 July 2012

WAKTU KECIK RAKAN, BILA BESAQ KAWAN

Aku dulu masuk sekolah waktu darjah satu * Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam*. Tapi aku dah pandai dah baca waktu tu sebab aku pergi Tadika Amal (6 tahun) n Madrasah Atizibiah Addinah Al Islamiah (5 tahun). Waktu ni lah, aku diasah tonjolkan bakat since my parents kenal satu cikgu nie waktu g haji sekali..dedicated to Cikgu Norma. Pertandingan pertama aku masuk waktu sekolah rendah ialah Pertandingan Bercerita Tilawah Al Quran..Pergh!!! segan sangat sb antara budak paling muda wakil sekolah.

Tapi bukan tu yang aku nak cerita, aku just nak recall apa yang aku join yang melibatkan sekolah rendah aku. Berlaku 12 May 2011 klu x silap, aku n the Gang buat BBQ kat umah kimi. Semua mai waktu tu..actually x la semua sngat tapi memuaskan la..(^_^). 
Ni la yang hadir waktu tu, memang la x ramai pon tapi agak ramai compared to kosong
 Dah lama x jumpa, cangak lagi..sembang trus. Waktu nie mak aku tolong masakkan bihun singapore, MANTAP habis. Pakat-pakat bawak makanan..Alia bawak caramel tapi aku bihun ak tu share 3 orang ( Aku,Yed n Abd Rahman).

Besar kan umah Kimi..hehehe

Ni gambar ak dengan BFF ak ,merangkap pelepas nafsu marah ak,hahahaha. Tapi dia jugak yang menyejukkan ak waktu ak marah. Thanks Abd Rahman. Umah dia dekat ja ngan umah ak, sb tu kami selalu pergi mana-mana sekali.

Tapi, ada peristiwa yang agak best waktu reunion tu. Masa dok nyalakan bara api, ada idea yang sngat bernas (tuangkan petrol trus). Firstly x ramai yang yakin tapi aku trus g ambil minyak tu n tuang. Ambik kau!!! Api menyambar tangan,nasib x melecur tapi kesian KIMI..hancur meja dia..SORRY (*_*')

Dari kiri (KIMI, QAID, RAMON, AK, YED, THAQIF, PAK LOQ N AKMAL)
Ni gambar Aqilah n Adik ke Kak entah..confuse  ak kembar ni. And teruna sorang tu  BFF ak gak, Thaqif..

So yang tu ja kot yang aku bleh share dengan reunion kami nie. Tapi aku paling tertarik n pelik ngan gambar nie..heheh. Actually gambar kawan aku yang teringin nak jadi artis..hehehe
( Dedicated to Alia *****).


so pernah x korang buat something yang menakutkan orang lain sewaktu reunion or gather sesama korang??bleh la share dgn comment isu ni..Ramai2 kita kongsi..aku pon tau juga..See u (@_@)


Tuesday 10 July 2012

APABILA GAJAH DUDUK DI ATAS SEMUT

Blog ni dicipta untuk dijadikan sebagai kenangan sepanjang perjalanan hidup aku. Walaupun agak simple,tapi mudah untuk ak kongsikan pengalaman hidup aku selama yang ak ingat. Enjoy dan boleh comment kalau sudi..hehehe. thanks kepada sesiapa yang sudah lama suruh diri ini buat blog...
 
Ambil cempedak diluar pagar,
  Tolong galah jolokkan,
  Saya new student baru belajar,
  Salah tolong tunjukkan.


"Take care of your body. It's the only place you have to live"