GenG WusHa SetiA

Monday 19 November 2012

Entah Kenapa !!



Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Imam As-Syafi’I berkata “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”

Baru sekarang aku sedari sudah hampir 3 bulan aku di POLAND. Aku merasakan aku tidak melakukan apa-apa yang memberi kesan yang mendalam bagiku. Adakah aku membuang masa yang Allah berikan padaku? Hanya Allah yang mengetahui isi hati ini.

Baru-baru ini,aku bersama rakan-rakan lain telah menyertai satu kempen 'Distribute Roses'. Kempen ni dijalankan bagi memperbetulkan balik pandangan orang lain satu dunia tentang Rasulullah SAW disebabkan isu movie 'THE INNOCENT'. Susah rupanya nak sebarkan dakwah pada orang yang bukan islam. Baru aku tahu betapa susah Rasulullah nak kembangkan ajaran Islam. kadang2 manusia perlu hadapi sesuatu untuk menghargai apa yang dia sedia ada. Ada hikmahnya Allah aturkan segala yang terjadi di dunia ini.Tiada yang buruk Allah jadikan untuk hambanya melainkan untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik. Tapi aku hairan kenapa orang suka salahkan takdir. Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita. Lagi banyak kita diuji,lagi selalu kita ingat pada Allah. Kalau Allah ambil sesuatu yang kita sayang,itu kerana Allah nak kita sedar cinta yang agung hanyalah cinta pada YAng Esa. Tapi kita selalu menggunakan kehilangan orang yang kita sayang sebagai alasan untuk meraih simpati atau mendapatkan ehsan orang lain.



Entah kenapa aku tiba2 ja nak tulis blog ni. Mungkin takut explode kot. Tapi untuk dijadikan renungan bersama supaya kita tidak lupa siapa kita.

"kalau riwayat hidup kita bermula dengan hamba Allah, pastikan kita mati pon sebagai Hamba Allah"



No comments:

Post a Comment