GenG WusHa SetiA

Friday 23 November 2012

SAKIT??ALLAH TAK SAYANG AKU KE??

Ibnu Abbas RA Rasulullah SAW bersabda:

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ
Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR Al-Hakim; sanadnya shahih)


Allah tak sayang aku ke? Itu adalah benda yang selalu kita fikirkan bila kita ditimpa satu musibah. Lebih-lebih lagi kalau ditimpa penyakit. PENYAKIT!!. Memang kita akan nafikan bahawa "aku ok ja.." tapi sebenarnya kita sedih apabila kita ditimpa satu musibah. Menghayati sesuatu dalam keadaan separa sedar akan lebih membuatkan kita sedar siapa Allah dan siapa kita di sisi Allah. Allah hanya memilih hambanya yang paling Dia kasihi untuk ditimpakan masalah. Hal ini kerana Allah nak kita sentiasa ingat akan Allah dan sentiasa mengeharapkan Allah walau apa jua keadaan. Allah tak akan sesekali menduga hambanya melainkan kita mampu untuk menghadapi dugaan tu. YA ALLAH..



Baru-baru ni aku ditimpa satu masalah. MASALAH KULIT DAN ALLERGIC..maklumlah 'first time' pergi luar negara.POLAND. selama aku dalam keaddan yang sangat menakutkan tu aku dapat melihat banyak benda yang aku buta sebelum ni. Dulu aku tak nampak SANGAT pon nikmat sihat yang ada pada aku,tapi bila kaki aku mula berdarah,aku tak boleh solat berdiri dengan sempurna, pergerakan terbatas..aku mula sedar yang aku dulu seorang yang sihat dan berkebolehan. COMPARED to orang lain..dan aku mula menyedari kasih sayang orang sekeliling aku yang selama ni MUNGKIN aku tak berapa nak rasa. Tapi Allah Maha Pengasih, aku semakin pulih kesan dari doa orang yang menyayangi ku. Peristiwa yang membuka mataku apabila suatu pagi,aku mengalami 'bleeding' di kaki,sukar bergerak dan badan bergeletar. aku tak taunak buat apa waktu tu sebab sibuk untk ke kelas LATIN. Akhirnya ku capai Al Quran dan aku baca tanpa henti dari dalam TREM 33 hingga dalam bas 157. Secara tiba2,aku rasa tenang dan badan aku mula berfungsi seperti biasa. Betapa besarnya fadhilat Al Quran!! orang yang tak mengalami tak akan dapat paham,tapi kita boleh memahami dengan memahami orang lain.

Alhamdulilah. Aku makin sihat dan lebih yakin untuk membawa agama Allah ke tahap yang aku mampu yang lebih tinggi. Sesungguhnya ingat lah 5 perkara sebelum 5 PERKARA.

سُوۡرَةُ الرّعد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (١١) 

For each (such person) there are (angels) in succession, before and behind him: they guard him by command of Allah. Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him any to protect. (11)
******
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11

Monday 19 November 2012

Entah Kenapa !!



Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Imam As-Syafi’I berkata “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”

Baru sekarang aku sedari sudah hampir 3 bulan aku di POLAND. Aku merasakan aku tidak melakukan apa-apa yang memberi kesan yang mendalam bagiku. Adakah aku membuang masa yang Allah berikan padaku? Hanya Allah yang mengetahui isi hati ini.

Baru-baru ini,aku bersama rakan-rakan lain telah menyertai satu kempen 'Distribute Roses'. Kempen ni dijalankan bagi memperbetulkan balik pandangan orang lain satu dunia tentang Rasulullah SAW disebabkan isu movie 'THE INNOCENT'. Susah rupanya nak sebarkan dakwah pada orang yang bukan islam. Baru aku tahu betapa susah Rasulullah nak kembangkan ajaran Islam. kadang2 manusia perlu hadapi sesuatu untuk menghargai apa yang dia sedia ada. Ada hikmahnya Allah aturkan segala yang terjadi di dunia ini.Tiada yang buruk Allah jadikan untuk hambanya melainkan untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik. Tapi aku hairan kenapa orang suka salahkan takdir. Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita. Lagi banyak kita diuji,lagi selalu kita ingat pada Allah. Kalau Allah ambil sesuatu yang kita sayang,itu kerana Allah nak kita sedar cinta yang agung hanyalah cinta pada YAng Esa. Tapi kita selalu menggunakan kehilangan orang yang kita sayang sebagai alasan untuk meraih simpati atau mendapatkan ehsan orang lain.



Entah kenapa aku tiba2 ja nak tulis blog ni. Mungkin takut explode kot. Tapi untuk dijadikan renungan bersama supaya kita tidak lupa siapa kita.

"kalau riwayat hidup kita bermula dengan hamba Allah, pastikan kita mati pon sebagai Hamba Allah"