GenG WusHa SetiA

Sunday 2 March 2014

Tidak Salah Menjadi ZERO, Depan atau Belakang?

Assalamualaikum dan 'hello'

Sudah sekian lama aku tidak ber'blog', tapi memandangkan masa pon dah ada lebih sikit, tak salah kalau aku berkongsi sedikit pengalaman . Topik hari ini agak kontroversi sedikit tapi akan akan cuba jelaskan apa yang aku maksudkan.

Setelah mngembara ke bumi Andalusia, banyak benda yang aku belajar. Melawat gereja yang dahulunya masjid yang sangat indah menjadi kebiasaan ( Malaga, Cordoba, Sevilla dan lain2). Sedih sebenarnya tengok tempat yang dahulunya Islam masyhur dan gemilang kini punah. Namun, setelah 11 hari jelajah Spain, banyak benda yang aku belajar. Jangan kita lihat apa yang berlaku di Andalusia sebagai kenangan dan sejarah semata-mata. Gunakan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih bangga dengan Islam dan sentiasa berazam untuk membawa Islam mencapai kegemilangan seperti dahulu. Aku tak la sehebat kawan-kawan aku yang mampu memperingati sejarah Islam dengan sempurna (maklumlah aku ni lemah sedikit sejarah-"sedih kalau cikgu sejarah aku baca blog aku ni") tapi berbekalkan apa yang sedia ada di samping menuntut sedikit sebanyak, InsyaAllah, aku boleh menjadi zero yang berada dibelakang hero.

Al Hambra Granada

El Mezquita, Cordoba.

Kadang-kadang kita rasa kita tak sama macam orang lain. Kita kurang ini, kurang itu..pendek kata semua benda kurang lah. Tapi kita kena ingat, kita ni tak la 'perfect' sangat pon. Sama la juga macam orang lain. Jadi kita kena sentiasa bangga dengan apa yang kita ada sebab setiap orang dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. Kalau kita takut sebab kita ada banyak kekurangan, ada penyelesaian yang aku boleh kongsikan. Pertama, cuba 'create' keupayaan 'extra' supaya kita akan rasa kelebihan yang kita ada lagi banyak dari kekurangan yang kita ada. Secara tidak langsung, kita mendidik diri kita menjadi Hero @ Nombor selain dari Zero.Tapi tak salah kalau kita menjadi Zero sekiranya kita menjadi zero dibelakang hero. Contohnya: 

Di antara pasukan A dan B, yang mana lebih banyak ( lebih kuat)

A: 1 000000
B: 0000001

mestilah jawapannya pasukan A walaupon kedua pasukan mempunya bilangan 0 dan 1 yang sama. Jadi kalau kita tak mampu menjadi yang dihadapan, pastikan kita mendidik diri kita menjadi yang dibelakang yang mampu membantu yang dihadapan untuk mejadi lebih kuat untuk menhadapi musuh (Iblis dan Syaitan).

Kesimpulannya, blog aku ni memang pelik sikit sebab aku pon kadang-kadang tak paham apa yang aku nak sampaikan sebenarnya tapi 'ok' kot sebagai dijadikan perkongsian untuk teman-teman (harap-harap pembaca paham).  Tu saja perkongsian aku malam ni.

Sekian 

 " Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah, dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"