GenG WusHa SetiA

Tuesday 19 February 2013

OH, AKU ADA RUPANYA!!


Al A’araf (7) : 172
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",(172)

Aku suka berjalan melihat apa yang ada di sekeliling. Kadang-kadang bila kita selalu merasakan apa yang ada tidak cukup untuk kita nikmati,itu bererti kita belum bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Bermusafir adalah satu aktiviti yang mengembirakan dan menenangkan hatiku. Ada yang merasakan apabila kita bermusafir,dengan erti lain melancong, kita akan terjebak dengan pelbagai masalah seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya. Bagi aku, semua bergantung dengan niat. Jikalau baik niatnya, InsyaAllah, baiklah amalannya. 


"Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."

Untuk isu kali ni, kenapa berbunyi OH, AKU ADA RUPANYA??. Hal ini disebabkan aku selalu alami satu perasaan  berkali-kali selama aku berada di bandar Warsaw, Poland. Entah la dimana silapnya hati ini,tapi aku bersyukur kerana aku sekurang-kurangnya ada perasaan ni.

Situasi 1 :
Aku baru nak bergerak ke Library University Of Warsaw untuk mentelaah sesuatu. Ditakdirkan Allah, semasa masuk Entrance library tu, aku terserempak dengan seorang gadis ( wajahnya ayu, rambutnya terurus, berpakaian yang menutup aurat, kulit eropah dan sebagainya). Tapi ada satu benda yang aku yakin dia ada, tapi aku tak ada iaitu KETABAHAN. Wanita tersebut merupakan seorang pelajar universiti 'maybe' yang menggunakan tongkat untuk berjalan ke mana sahaja,menaiki tangga yang tinggi, bergerak pulang seorang diri dalam motion yang sangat perlahan. Menangis hati sesiapa pon yang melihat wanita ni. Mungkin dia tak mintak benda nie berlaku pada dia, tapi ketabahan mengajar dia erti hidup dan syukur dengan apa yang dia ada. Adakah kita ada apa yang dia ada?? Renungkan!!



Situasi 2 :
Kelas Anatomy memang memenatkan. Dalam perjalanan balik dari kelas yang berakhir pada jam 8 malam ni, aku dan sahabatku, Deli (nama glamour) menunggu trem di stesen Dw. Centralny. Sedang kami menunggu trem, aku terlihat sepasang suami isteri yang buta. So, aku pon wonder macam mana mereka berdua nak naik trem sedangkan pintu trem berhenti tak tetap pada satu tempat?. Aku pon duduk kat situ perhatikan pasangan tu, seorang pegang tongkat ke kiri,seorang lagi ke kanan. Trem nombor 33 dan 10 datang serentak. Aku pon terus bergerak ke sebelang pasangan ni 'in case' mereka nak mintak tolong. Bila trem sampai depan batang hidung, si suami tanya aku sesuatu dalam Polish (cuak terus aku dan aku cakap yang aku tak boleh paham sangat). Dengan sekelip mata, dia 'speaking' dengan  aku. Fuh, mantap gila english dia sampai aku terkelu, tak tau nak cakap apa. Dia tanya trem nombor berapa yang ada depan dia, then aku cakap 10 dan 33.Dia cakap terima kasih sebab dia memang tunggu trem no 33. Tanpa pertolongan sesiapa, pasangan ni bergerak terus ke pintu trem di mana klu aku kena tutup mata pon,aku tak boleh nak cari yang mana satu pintu trem 33. Aku rasa sangat malu sebab orang buta pon boleh cakap english better dari aku sedangkan aku boleh melihat but still tak boleh semantap tu (kebiasaan orang Poland tak boleh cakap english). 

Konklusinya, kalau hati kita tak buta, insyaAllah panca indera yang lain akan turut tak BUTA. So,bukalah hati, buka minda dan terangilah hidupmu dengan iman agar Allah sentiasa meredhai segala tingkah lakumu. 

"Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"