GenG WusHa SetiA

Saturday 6 April 2013

Spring Camp Bialystok

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”


1/4/2013

Hari ni aku akan pergi menyertai SPRING CAMP 2013 anjuran Ikatan Pelajar Islam Poland (IPIP) di Bialystok (satu kawasan di dalam negara Poland). Tempoh perjalanan mengambil masa 3 jam. Biasalah bila nak pergi camp ni,kadang-kadang rasa malas tapi kali ni tak rasa sebab kali PERTAMA kot camp kat luar negara. Biasa dok dengar orang ja cakap spring camp tapi kali ni aku yang JOIN sekali. Dalam otak ni fikir, mesti tidur dalam khemah atau dorm, rupanya kami tidur kat MASJID. Tak sangka pulak ada masjid di Bialystok tu. Subhanallah!! Dalam masa yang sama boleh iktikaf dalam masjid dan tidur (gabungan yang menarik). Slot pertama slot KOMPAS. Slot ni ENCIK DINO yang bagi..hehehe.


2-3/4/2013

Program bermula dengan slot yang disampaikan oleh Abey. Slot yang menarik sebab belajar tentang surah Al 'Adiyat, buat Mutabaah Ammal, belajar macam mana nak sampai ke Ustaziatul Alam. InsyaAllah, kalau kita tak sempat sampai ke zaman Islam itu gemilang, biarlah kita syahid dengan usaha dan jasa untuk mencapai Ustaziatul Alam. Kadang-kadang kita tak perlu ada ketika ianya sudah berjaya TAPI kita diperlukan untuk meng ADA kan sesuatu yang belum ada supaya berjaya. Justeru, kita terutamanya golongan REMAJA, kita amat diperlukan untuk Islam sekali lagi bangun. Sempena menjelang pilihan raya tahun ni, marilah sama-sama kita muhasabah diri sebelum mengundi. Jangan kata kita tak perlu terlibat dengan politik, tapi kita kena terlibat dan peduli tentang politik kerana Politik merupakan salah satu aspek yang penting dalam Islam itu sendiri. InsyaAllah, usaha yang kita perlu, biar Allah yang tentukan selebihnya. Program selama 2 hari ni mengajar macam mana nak membentuk INDIVIDU MUSLIM@MUSLIMAH. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang awesome ni. Credit : ABG AMIN ANUAR( Naqib usrah-abang paling awesome dan sangat penyabar!!). Kemudian kami melawat bandar Bialystok,best sebab suasana yang sejuk dan bandar yang damai.




4/4/2013
Hari ni dah nak balik ke Warsaw. Tapi kami akan ke suatu tempat yang sangat menarik sebelum kami balik terus ke Warsaw. Kami ke Bohoniki Mosque,salah satu masjid di Poland. Kawasan ni didiami oleh penduduk Poland yang beragama Islam (Tatar). Kawasan ini jugak mempunyai tanah perkuburan Islam yang cantik. Masjid tersebut dibina dengan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk negara Poland ini sendiri. Kawasan ini didiami oleh 4 keluarga Islam Tatar dan beberapa keluarga Kristian. Penduduk Islam di sini amat berdikari di samping mereka menjalankan pelbagai pekerjaan seperti penanaman buah strawberi dan lain-lain. Walaupun kawasan ini agak pedalaman, tetapi hal ini tidak menghalang mereka untuk menghadiri kelas agama setiap hari Sabtu. "Ini pon dah dikira bagus ada kelas agama walaupun SEKALI SEMINGGU" kata Panie Zainab yang tinggal berhampiran masjid dan menyambut rombongan kami.

Susah sebenarnya hidup dalam komuniti yang tidak mempraktikkan agama Islam secara menyeluruh, namun ini bukan alasan untuk kita tidak mengamalkan nilai-nilai dan hukum-hukum Islam dalam kehidupan kita. Carilah ilmu agama sedalam mungkin kerana sejauh mana kita mengejar nikmat dunia, biarlah dalam masa yang sama menabung untuk akhirat kelak. Sebagai penutup, kita tengok sikit video Spring Camp..Maaf la tak pandai sangat buat video ni.



"Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"

3 comments:

  1. jelesnya tengok ukhuwah yang rapat mcmni.

    ReplyDelete
  2. ما شاء الله

    Bila baca post + video yang Aidid buat ni, rasa macam nak menitis air mata. Terkenang zaman-zaman awal ikut tarbiyyah.

    سبحان الله Indahnya nikmat tarbiyyah & ukhuwwah kurniaan Allah.

    Moga Dia terus tempatkan kita dikalangan hamba-hambaNya yang dikasihi.

    ReplyDelete