GenG WusHa SetiA

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadan. Aku Merasainya Lagi..YEAH!!

 “Seorang hamba yang berpuasa dalam sehari di jalan Allah, maka akan dijauhkan Allah orang tersebut pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim dingin” (HR Bukhari – Muslim)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah masuk rupanya bulan barakah ni (Ramadan Al Mubarak). Sekalung tahniah diucapkan kepada semua saudara seislam kerana berjaya berpuasa. syukur kepada Allah kerana limpah dan kurnianya,kita dapat berjumpa dengan Ramadan tahun ini. Justeru, marilah kita bersama-sama memeriahkan Ramadan taun ini. Anggaplah Ramadan ini merupakan Ramadan TERAKHIR untuk diri kita.


Apa yang nak di kongsikan sebenarnya ialah, 1 Ramadan sangat bermakna bagi aku. Bermula dari tahun lepas, 1 Ramadan memberikan aku pelbagai kenangan manis. 1 Ramadan tahun 2012 merupakan tarikh kelahiran aku, aku berdoa pada hari tersebut agar hidupku dimurahkan rezeki dan bertambah kebahagiaan sehinggalah 1 Ramadan yang berikutnya, iaitu hari ini.

Alhamdulillah, hari ini aku dapat merasai kemanisan ukhwah yang sangat SWEET :).Bermula dengan solat tarawih yang BEST sehinggalah Berbuka dengan juadah yang pelbagai.  Malam ni plan nak pergi solat di Masjid Biru yang baru siap di Kepala Batas. Azam mesti tinggi,nak dapatkan khusyuq la kata kan. Selesai solat 8 rakaat, tiba-tiba datang satu hamba Allah,dengan tidak disangka-sangka,memeluk ku erat dari belakang ketika aku masih dalam kedudukan tahiyat akhir.Dia menyapa aku dengan memanggil nama ku,aku dengan perasaan AWKWARD mengalihkan pandangan dan ????. Aku tak kenal pon awak (-_-'). Agak 2 minit berlalu, baru aku ingat,nama yang terlintas Abasi Madani. Rupanya dah hampi 10 tahun kami tak berjumpa. Manisnya ukhwah tu sampai rasa macam beberapa bulan ja tak jumpa. Aku rasa sangat bersalah sebab aku malu. Malu sebab belum tentu aku akan tegur dia sebagai mana dia sapa aku bagaikan aku ni saudara dia. Lepas tu,tiba-tiba ja aku terus peluk dia sebab tiba-tiba ja hatiku rasa macam nak menangis (dalam masjid kot). Alhamdulillah Allah berikan aku perasaan macam tu di saat macam tu.



Kesimpulannya, Ramadan bakal memberikan kejutan yang bakal merubah hidup kita. Maka berdoalah agar Allah memberikan kejutan dan nikmat yang membahagiakan hidup kita. Allah tak akan sesekali membiarkan kita sedih, cuma kita yang bersangka buruk pada Allah. Sama-sama kita renungkan.

Bab persahabatan, aku pon bukanya arif sangat tapi setakat perkongsian boleh la sikit-sikit.
    
   " Kepada kawan-kawan di luar sana, hargailah kawan-kawan yang sentiasa ingat kita sebab bukan senang orang nak ingat kita yang tak seberapa ni. Berkawan biarlah kerana Allah,berukhwah lah dan jangan berkawan kerana harta benda kerana benda ni akan memusnahkan persahabat yang dibina. Kerana suatu hari nanti,disaat kita diuji, kawan yang ingat kita lah yang akan membantu kita. Don't choose friends,but make friends. Berdasarkan apa yang aku alami tadi, bersyukurlah kerana ada lagi orang yang masih ingat aku. Maksudnya persahabtan kami masih lagi kukuh sampaikan aku masih dapat rasai SWEETNYA ukhwah ni. thanks Abasi sebab sedarkan aku tadi dan syukur kepada Allah"

Sampai sini ja perkongsian ni. InsyaAllah,aku akan update pengalam hidup aku untuk dikongsikan,bukan tujuan untuk menunjuk tapi untuk berkongsi agar kita lebih bersyukur dan taat pada Allah.


      " Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah, dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"