GenG WusHa SetiA

Sunday 10 March 2013

What Happened To Your Life?



عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.(HR BUKHARI DAN MUSLIM)

On the authority of Abdullah bin Masud, who said : the messenger of Allah, and he is the truthful, the believed narrated to us: “Verily the creation of each one of you is brought together in his mother’s belly for forty days in the form of seed, then he is a clot of blood for a like period, then a morsel of flesh for a like period, then there is sent to him the angel who blows the breath of life into him and who is commanded about four matters: to write down his means of livelihood, his life span, his actions, and whether happy or unhappy. By Allah, other than Whom there is no god, verily one of you behaves like the people of Paradise until there is but an arm’s length between him and it, and that which has been written over takes him and so he behaves like the people of Hell-fire and thus he enters it; and one of you behaves like the people of Hell-fire until there is but an arm’s length between him and it, and that which has been written over takes him and so he behaves like the people of Paradise and thus he enters it.”
Hidup ni selalu dikaitkan dengan kejadian diri kita sendiri. Ramai yang masih kurang jelas tentang kejadian manusia. Ya!! memang aku akui benda ni macam tak penting sangat bagi sesetengah pihak tapi ni adalah salah satu cara untuk kita memahami pencipta kita dan merenung sejauh mana berfaedahnya diri kita kepada dunia ni. Adakah kita cukup bagus untuk 'environment' kita, adakah kita cukup bagus untuk keluarga, kawan-kawan, dan jiran kita?. Cuba kita ambil sedikit masa merenung diri sendiri. Bab merenung diri orang lain, PERGHH..memang tak dinafikan perangai kita.
Baru-baru ni baru habis exam Embryology. Alhamdulillah, masih berada di tahap yang Allah kurniakan rasa syukur dan tak lupa diri,InsyaAllah. Belajar Embryo merupakan satu benda yang membuatkan aku mula menghargai hidup ni. Bila kita lihat betapa telitinya ALLAH cipta kita, aku merasakan aku sangat bermakna. Senang ja kalau Allah nak jadikan kita sekelip mata, tapi kenapa Allah cipta kita ikut peringkat?. Supaya kita belajar menghargai kejadian Allah dan Allah mengajar kita kalau nak berjaya atau melakukan sesuatu yang kompleks,perlukan peringkat-peringkat dan kesabaran. Dalam kehidupan seharian aku,aku selalu jumpa pelbagai jenis manusia. For example: 

(ada kaitan yang hidup dan tiada kaitan yang sudah tiada)

Person 1:

Bangun pagi =>Pergi kelas@kerja  =>makan =>Tidur.

Person 2:
Solat sunat=> pergi kelas@kerja => solat => makan => Baca Al Quran => Tidur
Yang mana satu rutin harian kita? Adakah kita seperti robot yang hanya ada matlamat hidup di dunia? Jangan kita sia-siakan hidup kita dengan melakukan rutin macam robot ni. Pergilah meneroka bumi Allah. Ada banyak benda yang kita dapat tengok. Allah cipta banyak benda supaya kita belajar dari apa yang Allah cipta. Kadang-kadang buku tak boleh ajar kita erti hidup tapi pengalaman mengajar kita erti dan nilai kehidupan.

ROME

UK

So, tak ada apa sangat nak cakap sebab tengah sunyi sekarang ni. Ni la manusia,bila sunyi baru nak mengadu kat Allah. Jangan jadi macam aku tau.Lol.. Cuma macam tu lah, kita hargailah hidup kita, kita hidup UNTUK APA, UNTUK SIAPA,... So sebagai penutup, saya sajikan satu video yang saya pon baru discover 5 jam lepas..LOL. InsyaAllah, kita sama-sama muhasabah diri kita. Tak salah kalau kita menangis dengan dosa yang kita buat, jangan nangis sebab tak dapat buat something yang berfaedah or BREAK UP!!




"Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"