GenG WusHa SetiA

Sunday 16 December 2012

Penuh Kejutan Dalam Hidupku!!


((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ])) عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : 
رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”. [HR al-Bukhâri dan Muslim].
 


Alhamdulillah,hari ni aku masih lagi boleh bernafas, berjumpa kawan-kawan,pergi sana sini,main-main,makan dan melakukan segala yang mampu kesan dari nikmat Allah yang tidak terhingga.Hidup umpama membina jambatan. Kalau kita bina dengan baik,maka mudah la kita nak guna untuk menyeberang dari satu tempat ke tempat yang lain. kalau kita bina dengan bahan yang tak baik,mesti susah untuk kita gunakan ia kelak untuk menyeberang.

Hari nie hidup penuh kejutan. Aku baru balik dari satu program anjuran IQRAA FOUNDATION di Warsazawa. Niat sebenar nak pergi program tu sebab disediakan MAKAN tengah hari halal. 'So',aku pon gerak dari rumah naik bas 171 dan tukar naik trem 18 sampai ke stesen Plac Konstytucji 4. 




Tiba ja kami di tempat tu,Aku Deli dan Nami pon dijemput masuk oleh Abang Amin. Abang Amin perkenalkan kami dengan pengerusi Iqraa Foundation. Lepas tu, baru kami naik atas dan 'try' nak serang  makanan(tunggu lagi). Tapi, orang tak mula makan lagi,'so' kami pon pergi sembang2 dengan Kak Aida sekeluarga. Dan kami berkenalan dengan sahabat baru,Abang Muiz(if i'm not mistaken). Best sembang dengan abang nie sebab dia datang dari Australia. Then kami pon makan-makan bila orang dah mula beratur. Aku rasa sangat best secara tiba2 sebab susana kat situ menghilangkan rasa sunyi aku di kota Warsaw ni. Budak2 main, saudara seislam datang bersama keluarga dan jumpa sisters dan brothers. Niat datang nak makan tapi tiba2 dapat rasa suasana hidup yang sangat best.



Yang paling best, aku baru dapat tahu ada saudara baru masuk Islam. Tiba2 aku rasa satu perasaan syukur yang tak terucap di bibir. Memang biasa bagi sesetengah orang bila dengar orang masuk Islam, tapi bagi aku yang memahami sukarnya hidup beragama Islam di poland nie, aku tau betapa besar nikmat yang Allah kurniakan. Tahniah Abg Lukasz Wirowski dan selamat datang ke dalam keluarga nie. Tak sabar nak berkenalan."Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

Sebagai penutup,aku akhiri dengan Halwa Mata sikit. Enjoy!!



" Mulakan hidupmu sebagai seorang Hamba Allah, dan tamatkanlah hidupmu sebaga Hamba Allah JUGA"


Saturday 8 December 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepada semua makhluk ciptaanya dan Allah Maha Penyayang kepada umat Islam yang tidak syirik padaNya. Kita selalu mulakan sesautu perkara dengan Bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. Ucapan Bismillah amat digalakkan agar Allah sentiasa mudahkan kerja yang akan kita lakukan dan murahkan rezeki kita.

Sekarang ni dah masuk musim yang ada salji. Sedang aku 'wusya' salji melalui tingkap,aku terfikir untuk buka tingkap tu. Subhanallah!! salji yang turun berbentuk kristal. Aku terpukau akan keindahan yang Allah sediakan untuk aku dan seluruh hambaNya. Baru sekarang aku mula menghargai air yang jatuh dari langit amat cantik dan Maha Suci Allah, Dialah yang berhak disembah. Dulu di Malasia, air yang turun atau HUJAN aku lihat sebagai satu musibah(kadang-kadang). Tapi sekarang aku yakin Allah lebih mengetahui perasaan kagum aku atas ciptaaNya. 





Semalam aku naik bas. Lepas tu,ada la seorang hamba Allah KENTUT. Memang la busuk tapi kes ni membuatkan aku berfikir sejenak ('but' aku bukan selalu fikir,kadang2 ja(^_^) ). Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih...sebab apa?? Sebab Allah tak jadikan kentut kita gas yang berwarna. Cuba bayangkan kalau setiap orang mempunyai warna kentut yang berbeza...ZZZZ. Mesti kita akan malu gila dan 'kantoi; sentiasa. Memang benda ni satu benda yang remeh tapi kalau nak diikutkan Allah sayangkan kita sampai ke tahap ingin menutu aib kita dengan tidak menjadikan kentut tu berwarna. Tapi adakah kita sayangkan Allah walaupon dalam perkara yang remeh?? Solat pon tak berapa nak khusuh, kadang2 syirikkan Allah dengan cara percaya kata-bomoh, tak menyempurnakan tuntutan agama dengan sempurna(tutup aurat,,berzikir,bantu orang lain, baca Kalam Allah dan bersedekah). Aku tak cakap yang aku sempurna tapi 'at the same time' kita boleh muhasabah diri masing2. Tak boleh banyak, sikit pon memadai.
Istiqamah!!

" Mulakan hidupmu sebagai seorang Hamba Allah, dan tamatkanlah hidupmu sebaga Hamba Allah JUGA"

Saturday 1 December 2012

SUSAHNYA NAK BERSYUKUR!!



فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُون 2:152)

Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur. 




Luqman [12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,  (serta Kami perintahkan kepadanya):Bersyukurlah kepada Allah  Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya,  lagi Maha Terpuji. 

Luqman[14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.
***

Susahnya nak bersyukur sebab perasaan hati ni selalu rasa tak pernah puas. Apa yang Allah bagi kadang-kadang aku tak nampak hikmahnya. KENAPA??


Tadi aku baru balik dari perpustakaan University Of Warsaw. Sorang-sorang aku 'study' kat sana,aku berfikir sejenak dimana aku sekarang. Aku sebenarnya telah tiba di Warsaw dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Medical University Of Warsaw. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Kalau nak difikirkan aku tak layak sebenarnya untuk berada dalam situasi begini tapi aku yakin ada hikmah Allah mengatur hidup aku sebegini. Manusia selalu lupa bersyukur sebab kita selalu tengok kelemahan yang kita ada berbanding dengan kelebihan yang kita ada.Setiap orang ada kelebihan masing dan kekurangan masing-masing(ayat klise). Memang selalunya kita cakap kita syukur tapi perbuatan kita menentukan sesyukur mana kita pada Allah. Kelemahan orang lain selalu jadi kemahuan kita. 

For example,

"Aku dah bosan la makan kat luar,dulu Mummy and Daddy aku selalu ajak aku makan luar..kat Victoria station la,TGI la, dan banyak lagi kedai yang standar kitorang la. seminggu 3 kali kot!!". 

Reaction : 

"Best nye family budak tu,kan best kalau family aku pon macam tu,makan luar,kedai mahal dan tengok!kereta dia pon bapak dia beli 'cash' dia cakap".

Cuba kita renung balik, benda yang budak kaya tu dah boring,benda tu yang kita suka dan 'wish' jadi kat kita. Ada sebab kenapa kita tak boleh berada dalam situasi dia. Benda yang kita suka tak semestinya benda tu yang terbaik untuk kita. Maka berdoalah "Ya Allah, sekiranya mati itu lebih baik bagi ku,maka matikan lah aku,tapi sekiranya hidup itu lebih baik bagi ku,maka redhalah aku dalam agamamu". Aku bersyukur kerana Allah kurniakan keluarga yang menyayangi aku. Walaupon ibuku seorang suri rumah dan bapaku seorang kakitangan kerajaan,aku dan saudaraku tak pernah tidur tak berselimut atau makan tak berpinggan. LOVE MY FAMILY



Allah juga anugerahkan aku kawan-kawan yang sentiasa 'caring' kat aku dan tegur aku agar aku tak leka dibuai dunia yang penuh lara. Kawan yang sejati adalah kawan yang ada keberanian untuk tegur kita kalau kita melakukan sesuatu yang Allah murka.



















Alhamdulillah,semua ni salah satu nikmat yang Allah bagi. Aku tahu BERSYUKUR ITU LEBIH SUSAH DARI BERSABAR,sebab kita bersabar dengan apa yang Allah duga tapi kita selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Baru-baru ni kita digemparkan dengan isu status Palestine telah di'upgrade' menjadi Non-Member state. Ini adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan dan sepatunya kita besyukur. InsyaAllah, kemenangan akan datang sekiranya usaha yang kita lakukan berpatutan dengan ganjaran yang Allah akan berikan.


 (Palestine's successful bid to be recognized as a UN non-member observer state is "a positivestepon the road to establishing itself as an independent state,) 
 Chinese Foreign Ministry


"Mulakan hidupmu sebagai hamba Allah dan tamatkan hidupmu sebagai hamba Allah"